Thursday, January 6, 2011

Sumber Inspirasi

Boleh dikatakan

sumber inspirasi aku 2 tahun kebelakangan ini ialah anak perempuan aku yg baru berusia 2 tahun.

Kenapa? nanti aku huraikan.

Bersambung la pulak ya... 
aku sambung lah... walaupun citer aku ni mungkin tak berapa best pada orang lain...

Pertamanya, sebelum lahirnya si kecil aku dah dapat bayangkan wajahnya secara firasat biasa-biasa. Dan kebetulan itu juga satu kerja Allah. Anak aku lahir dengan wajah chinese look dan rambut lurus seperti aku. Mujur tak mewarisi kulit aku yg gelap sendiri ni. 

Keduanya, pertanyaan terakhir arwah bapak aku di pembaringan ketika begitu uzur sebelum dijemput. Dia bertanya perihal samada isteri aku dah mengandung atau belum dgn suara yg begitu lemah. Tanpa aku sedari ketika pertanyaan itu rupanya benih aku dah dikandungkan isteri aku. 

Ketiganya, ketika mengandung 2 entah 3 bulan aku jadi jobless dan bulan Ramadhan 2008 telah bermula. Raut wajah isteri aku sugul tapi hanya Allah yang tahu betapa kuat keazaman dalam hati aku untuk membahagiakan ibu bakal baby aku pada waktu tu. Orang sekeliling lihat aku mcm takde arah. YUp, aku menenangkan fikiran dengan mengisi hari-hari keresahan itu dengan bermain catur bersama2 rakan sparring aku di warung pajak. Prinsip aku, aku tak cakap bohong bila orang tanya atau jawab pusing2 bila orang tanya perihal aku. Bila lepak lama-lama mulut orang2 dan kawan-kawan takkan dapat ditahan untuk bertanya' ko tak kerja ke. Aku jawab pendek dan jujur' tak. dah berhenti. tanya lagi buat apa sekarang. duduk rumah. ye. dah kawin. duduk rumah. lepak warung. takde keje. boleh hidup ko ek. ada pulak yg tak percaya. ye je ko ni. huhuuuuu...................
takkan aku nak jadi mcm golongan hipokrit. bila tanya tak keje ke. dia cakap cuti. kalau nada gurau tu lain. ini serious habis. tau-tau kena buang pasal itu dan ini. camne aku nak tipu .... itu bukan aku.

Keempat, rezeki yang mengiringi kelahiran anak aku macam tak ditahan-tahan. walau aku tak kaya tapi aku sangat dicukupkan. ketika tu aku di negeri lee kuan yew membanting tulang. dapat pulak cabutan bertuah camcorder digital. dapat towkey yg baik. sapa cakap mamak semua kaki kencing atau pembelit. aku keje tak sampai 12 jam pun kat sana tak mcm org lain yg kadang terpaksa keje lebih 13 jam sehari. dapat beli laptop. dan kelahiran anak aku aku mampu berbelanja penuh di Anakku baby connection. 

Kelima, anak aku lahir pada 1 Januari 2009. 1 haribulan dan bulan satu. Aku harap dia mempunyai semangat hidup yg lebih kuat berbanding ibu dan bapanya. aku sendiri lahir bulan 12. lihat betapa inferiornya zaman membesar aku. 

Keenam, impian aku untuk kerja sendiri di Malaysia, tak bagi isteri kerja untuk full time jaga anak dimakbulkan.

Ketujuh, hari-hari yang aku lalui bersama anak aku sejak lahir hingga kini sangat menggembirakan dan menceriakan. Kini proses mendidik perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana dia sudah kuat mengajuk apa saja percakapan. 

Panjangnya aku taip//////

Wednesday, January 5, 2011

Terus merancang, Terus melaksana

Latihan tempur rapat mlm ini berlangsung singkat tapi bermutu menurut tanggapan aku kerana kemahiran sahabat2 aku juga meningkat. Ia diperakui guru tua.

Kehadiran rakan lama ajak mengeteh dan panggilan dari seorang rakan yg urgent nak guna duit memaksa aku menghabiskan masa awal.

Macam mat rempit bila LC 135 aku dicabar Shogun keluar kedai JMP. Kedinginan malam tak terasa kerana bahang persengketaan di pukul 1 pagi itu. Berat badan aku yg sikit overweight membuatkan Shogun mudah mengambil ruang angin bila aku memintas. Kalau penunggang sama berat nyata Shogun bukan tandingan LC dengan 4 injap mendongak.




Dicari tak jumpa, tak dicari datang .... Itulah peluang.

Aku dapat panggilan dari kawan aku sebelah kampung.

Kereta iswara JDP pada harga 9k atau less.

huh. Lepas ambik gambar semua. Aku cakap. bro...rileks dulu 2-3 hari ni jangan jual. kalau ada buyer aku kasi tau ko. dia setuju. Ada gaji seratus dua cukuplah fikir aku. Kalau ada 7k hari ni jugak aku sambar sebab kondisi nya sangat sedap.

Malam ni aku bertari silat lagi dengan rakan seguru aku. Malas aku nak naik kereta.. Satu jam suku perjalanan.

Selamat Tahun Baru

Baru je siap posting baru aku dapat 1 mesej dan dua call.

Satu mesej dari kawan aku yg nak pakai duit, dia repair 2 laptop satu laptop aku tapi tak siap siap. Yang satu lagi laptop kawan aku yg lain dah siap tapi takde duit nak ambik. Hmmmm..... Kalau dah terdesak orang akan minta apa saja dari siapa saja.

Satu lagi call dari member aku yg bateri keretanya weak ketika sedang ada di bandar yg jauhnya 3o km dari tempat aku berada. Kesian pulak kenangkan dia dengan anak isteri. Tapi aku dah cakap aku kena banyak kesiankan diri aku sendiri tahun ni. Lalu aku bagi no kawan aku yang terdekat. Pandai-pandai la dia uruskan masalah dia. Aku rasa benda tu boleh setel.

Satu lagi dari mamat kat FB yang dok usha aku untuk join SCORE A. Benda ni aku nampak potensi dia tapi aku terpaksa postpone dgn dia. Dia punya ligat aku respek sebab masih duduk di tahun akhir pengajian.

Pengajaran hari ini: Masa dan wang kita sentiasa diburu orang tanpa kita sedari. Kalau punya lebih apalah salah kita berikan sikit pada orang lain. Tapi kalau kita sendiri kekurangan kedua-dua benda itu maka fikirkan diri sendiri lebih baik pada ketikanya. Utamakan yang utama. Yes.

Tuesday, January 4, 2011

Selamat Tahun Baru


Belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada diri sendiri dan para blogger. Post-mortem tahun 2010, terlalu banyak benda mengarut yang aku lakukan. Kurang fokus pada perniagaan dan menolong orang yang tak sepatutnya ditolong adalah kesilapan jelas tahun lalu. Tutup buku.

Semalam, salah sorang kenalan yang merupakan guru sekolah rendah meminta bantuan untuk melatih anak buahnya untuk menghadapi kejohanan catur. Rundingan menerusi chat di FB aku jelaskan komitmen aku pada 2011 dan aku tegaskan aku takkan buat kerja amal lagi macam yang sudah-sudah. Bukan taknak tolong tapi takut makan diri. Paling kurang pastikan tambang dan makan aku lepas oklah. Jangan pakai angin ajer.

Sorang sahabat aku yg aku 'payung' dari segi kewangan dan luahan perasaan telah berlepas pergi mencari sinar baru di 2011. Aku harap beliau berjaya memulakan hidup baru dan tak ulangi kesilapan lama.

Tahun ini juga aku berhasrat menggunakan sepenuhnya potensi domain dan hosting aku yang telah aku sia-siakan untuk tahun 2010. Hari ni aku dah ada email dgn nama hosting aku sendiri. Yes.! Kerja-kerja menarik trafik melalui video Youtube untuk projek Google Adsense. Dan ia telah aku aktifkan kembali sejak 2 hb Januari dgn 5 video.

Kebun sawit melawas. Aku perlu ejas masa untuk pastikan penjagaan kebun tak terabai.

Silat. Anak-anak buah aku di Johor Bahru akan menyempurnakan majlis khatam permainan pada 15 hb. Alhamdulillah. Semoga perkembangan untuk membuka gelanggang baru oleh mereka akan berjaya. Aku tinggal pantau sikit-sikit aje.

Untuk diri sendiri aku belum lagi habis mendalami permainan tua dari seorang guru tua yang aku sayangi. Tentang kontroversi silat tanahair aku lebih suka bersikap menarik rambut dlm tepung. Ego semuanya ego.

Jadual latihan untuk silat olahraga belum aku susun lagi. Itu juga harus aku fikirkan untuk bakal anak didik aku dalam bidang silat olahraga dan untuk aku juga mem'fit'kan badan sebagaimana zaman athlete dulu.

Di hadapan PC. Ada saja benda baru yang aku explore setiap hari. Seringkali hanyut ketika melayari website-website dan blog-blog yang wujud.

Pagi ini seorang rakan lama ketika bekerja di Singapura menghubungi aku. Ingat lagi dia kat aku rupanya. Terharu.

Oh! Banyaknya benda nak aku fikir. Business partner aku masih di JB menjaga ibunya yang dioperate kerana sakit Puan hari ini. Semoga segalanya selamat.

Gadis 'lemah semangat' yg sering mengadu dengan aku di FB nampaknya semakin pulih setelah aku suruh membuka bacaan rukyah dari YOTUBE. Beliau masih lagi pelajar, jadi aku tak galakkan keluar duit untuk beli produk2 CD Rukyah. Ini pun macam satu beban kecil juga. Tapi itulah aku, kadangkala terlalu lembut hati dan sering jadi good listener.

2011 ni aku cuba jadikan blog ni mcm diari. Malas aku nak guna kertas. Paperwork selalu aku missed place. Copy dari blog ni akan aku pindahkan ke blog wordpress aku guna hosting.

FUhhh... Inilah gunanya blog. dapat mencurahkan rasa dan kalau aku lupa apa plan aku di awal tahun, harap-harap di sinilah tempat aku merujuknya kembali. Kerana aku tulis berdasarkan apa yang aku fikir dan rasa pada waktunya.

Semoga berjaya diri sendiri!