Saturday, December 3, 2011

Menuju tirai penutupan akhir tahun

Aku tak mampu tidur awal. Merenung diri merenung diri merenung diri. Ye, terdapat banyak keanehan dalam diri. Diri yang bernama manusia. Seringkali manusia bergelar guru, mentor, pensyarah, pendakwat atau apa pun gelaran sekalipun yang suka bercakap akan cuba mengacu manusia untuk terarah kepada bentuk yg baik2 tapi dalam bentuk jumud. Sedar atau tidak manusia bukanlah bersifat boleh dibentuk oleh faktor luaran sesuka hati melainkan sebahagian besar dari perubahan merupakan impak dalamannya sendiri gabungan dari kimia, pemikiran, gerakan bawah sedar, pemakanan yang diambil, perasaan, kenangan pahit manis dan juga letih lesu. Agak kompleks kan.? Ya. Aku berbicara sesuai dengan diriku yang kompleks. Aku pernah berada di antara mereka mereka di atas walaupun dalam ruang waktu yang kecil. Aku membebel, menasihat, mengucapkan saranan-saranan positif tanpa mempedulikan situasi pendengar yg aku anggap baik kalau mahu dengar dan tak bagus kalau dia jadi orang yang tidak pandai mendengar. Selang beberapa waktu pabila teringat semula apa yang aku ucapkan dan kepada siapa aku mengucapkan ungkapan-ungkapan terlintas di hati ini bahawa manusia sememannya kejam dalam mengucapkan kata-kata. Sehendaknya sahaja. Itu belum lagi masuk bab berbahas dan berdebat. Sesuatu yang aku benci dan sangat-sangat aku elakkan. Aku minat pada perkataan berkongsi rasa, berkongsi pendapat, berkongsi idea. Bukan merendah-rendahkan tahap pemikiran orang lain. Waktu ini saja aku masih terperangkap pada keadaan-keadaan yang sangat kompleks hingga menyebabkan aku mati gerak dari sudut fizikal tetapi tetap pada pergerakan minda. Melakukan banyak kerja dalam satu masa di hadapan screen. Kadangkala terasa urat-urat di kepala bergetar-getar. Terasa beberapa urat di belakang tengkuk berdecit-decit. Adakah aku harus mati awal. Aku redha kalau ketentuannya sampai tapi aku mohon pada Tuhan yang Satu agar ditangguhkan seketika sehinggalah anak-anakku sedikit dewasa. Berbalik pada kata-kata kejam manusia. AKu ambil satu contoh. Kita hanya merancang tuhan yang menentukan. Lagi. Sekiranya kamu gagal merancang kamu sedang merancang kegagalan. Rancang kerja kamu dan kerjakan rancangan kamu. Oh indahnya kalau semua itu tidak tertakluk pada Qudrat dan Iradat. Tidak tergantung pada kalimah Insya-Allah. Maka betapa ramainya mentor betapa ramainya pakar motivasi percuma dan berbayar di tanah air yang mengaku tuhannya Allah rabbul izzati sedang berusaha melalui kursus-kursus anjuran dan program-program mereka mencuba untuk menjadikan manusia melayu islam di negara ini sebagai orang jabariah.  Celakalah mereka yang mengikut ajaran-ajaran yahudi penyembah syaitan dengan tujuan keduniaan. Aku terperangkap juga pada keadaan-keadaan  yang telah ditimbulkan mereka kerana racun pemikiran mereka telah masuk ke dalam masyarakat, telah masuk ke dalam kelompok keluarga aku, telah masuk ke dalam lapisan kawan-kawan aku yang lama mahupun yang baru. Virus pencerai berai. Menuju akhir tahun 2011 nampaknya aku berjalan bersama rancangan2 yang telah gagal dilaksanakan. Semoga rancangan untuk hijrah sementara 2012 akan mengubah keadaan sedia ada yang memenatkan. Rabbul Alamiin. Ilahi anta maqsuudi wa ridhooka mathluubi.