Tuesday, January 4, 2011

Selamat Tahun Baru


Belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada diri sendiri dan para blogger. Post-mortem tahun 2010, terlalu banyak benda mengarut yang aku lakukan. Kurang fokus pada perniagaan dan menolong orang yang tak sepatutnya ditolong adalah kesilapan jelas tahun lalu. Tutup buku.

Semalam, salah sorang kenalan yang merupakan guru sekolah rendah meminta bantuan untuk melatih anak buahnya untuk menghadapi kejohanan catur. Rundingan menerusi chat di FB aku jelaskan komitmen aku pada 2011 dan aku tegaskan aku takkan buat kerja amal lagi macam yang sudah-sudah. Bukan taknak tolong tapi takut makan diri. Paling kurang pastikan tambang dan makan aku lepas oklah. Jangan pakai angin ajer.

Sorang sahabat aku yg aku 'payung' dari segi kewangan dan luahan perasaan telah berlepas pergi mencari sinar baru di 2011. Aku harap beliau berjaya memulakan hidup baru dan tak ulangi kesilapan lama.

Tahun ini juga aku berhasrat menggunakan sepenuhnya potensi domain dan hosting aku yang telah aku sia-siakan untuk tahun 2010. Hari ni aku dah ada email dgn nama hosting aku sendiri. Yes.! Kerja-kerja menarik trafik melalui video Youtube untuk projek Google Adsense. Dan ia telah aku aktifkan kembali sejak 2 hb Januari dgn 5 video.

Kebun sawit melawas. Aku perlu ejas masa untuk pastikan penjagaan kebun tak terabai.

Silat. Anak-anak buah aku di Johor Bahru akan menyempurnakan majlis khatam permainan pada 15 hb. Alhamdulillah. Semoga perkembangan untuk membuka gelanggang baru oleh mereka akan berjaya. Aku tinggal pantau sikit-sikit aje.

Untuk diri sendiri aku belum lagi habis mendalami permainan tua dari seorang guru tua yang aku sayangi. Tentang kontroversi silat tanahair aku lebih suka bersikap menarik rambut dlm tepung. Ego semuanya ego.

Jadual latihan untuk silat olahraga belum aku susun lagi. Itu juga harus aku fikirkan untuk bakal anak didik aku dalam bidang silat olahraga dan untuk aku juga mem'fit'kan badan sebagaimana zaman athlete dulu.

Di hadapan PC. Ada saja benda baru yang aku explore setiap hari. Seringkali hanyut ketika melayari website-website dan blog-blog yang wujud.

Pagi ini seorang rakan lama ketika bekerja di Singapura menghubungi aku. Ingat lagi dia kat aku rupanya. Terharu.

Oh! Banyaknya benda nak aku fikir. Business partner aku masih di JB menjaga ibunya yang dioperate kerana sakit Puan hari ini. Semoga segalanya selamat.

Gadis 'lemah semangat' yg sering mengadu dengan aku di FB nampaknya semakin pulih setelah aku suruh membuka bacaan rukyah dari YOTUBE. Beliau masih lagi pelajar, jadi aku tak galakkan keluar duit untuk beli produk2 CD Rukyah. Ini pun macam satu beban kecil juga. Tapi itulah aku, kadangkala terlalu lembut hati dan sering jadi good listener.

2011 ni aku cuba jadikan blog ni mcm diari. Malas aku nak guna kertas. Paperwork selalu aku missed place. Copy dari blog ni akan aku pindahkan ke blog wordpress aku guna hosting.

FUhhh... Inilah gunanya blog. dapat mencurahkan rasa dan kalau aku lupa apa plan aku di awal tahun, harap-harap di sinilah tempat aku merujuknya kembali. Kerana aku tulis berdasarkan apa yang aku fikir dan rasa pada waktunya.

Semoga berjaya diri sendiri!

No comments:

Post a Comment