30 April 2011, hari ni aku bantai tido sepanjang hari. Kelas pencak silat hujung minggu pun dah aku batalkan dengan alasan badan aku nak recharge. Memang iye pun, komitmen anak murid aku belum lagi ke tahap yang aku hendak. Ternyata berbanding aku ketika dulu, diorang tak setabah aku.
Biarpun hari ni dan esok cuti Hari Pekerja, mampus aku tak layan bila bini aku ajak jalan. Dah la perut mengandung 5 bulan, nak ajak aku jalan bersesak-sesak ke pantai yang memang sesak bila cuti-cuti begini. Kalau zaman-zaman tahu 90-an dulu jangan ceritalah, aku sama je macam mana-mana mat rempit sekarang. Seminggu sebelum cuti sibuk solek motor, tukar rim lah, tukar ekzos lah, spray kaler baru dan ada je nak buat termasuk autosol apa yang boleh dikilatkan. hampir 18 tahun, kebiasaan itu ditinggalkan dengan perubahan corak hidup sesuai dengan umur dan suasana baru.

Petang pukul 6 aku ikut jugalah kehendak bini aku untuk pergi makan2 di restoren berdekatan di tepi jalan besar. Keluar menaiki motor sambil mengambil angin petang menghiburkan anak perempuan aku yang berusia 2 tahun 4 bulan.
Sedang aku menikmati tauhu bakar kegemaran, tak semena-mena perempuan dua anak dengan suaminya di meja hadapan aku melambai tangan tersenyum. Tersentap jiwa aku. Huuhuhu... Kecil betul dunia. Hampir aku tak kenal tengok pipi dia yg agak berisi dlm baju kurung merah jingga. Dalam hati bercakap, cantik lagi minah ni. Tapi apa pun masing-masing dah ada keluarga. Kalau kepercayaan Hindu yang menganuti Samsara, Nirvana dan Reincarnation pasti aku berdoa untuk bertemunya di kehidupan semula. Sebagai penganut Islam, aku rasa tak salah berharap dengan Allah s.w.t untuk dipertemukan di kehidupan seterusnya. Dia Maha BerKuasa apa. He can do anything either to fulfill our wish or not as a Creator, what we have to do is pray continously. Balik di atas motor aku cerita ngan wife kongsi pengalaman aku dgn minah tu. Wife aku jenis sporting. Kalau orang lain tak tau la aku. Aku cerita ngan wife aku setelah aku balik Brunei tuhan takdirkan aku jumpa minah tu dulu, tapi dah disuratkan jodoh memang ngan wife aku. Kena Redha beb. hitung punya hitung 2004-2011 dekat 7 tahun juga rasanya. FUh! patutlah dlm seminggu ni aku asyik layan lagu arwah Din Cromok je.... Metallurgical 3 (SUite) (Ulek Mayang) dalam Album 7 Years 7 Days (1995). Rupa-rupanya aku nak disuakan semula dengan orang yang aku dah terpisah selama 7 tahun. Sungguh, ilham dari Allah taala tu boleh sampai dari berbagai-bagai sudut.
Another you, yup dia memang dah berbeza dari dulu......
Yang parahnya, sampai ke waktu aku taip posting blog ni aku berasa kegembiraan. Kenapa ya. hhaahahah..... Teringat kat lagu May (Resah)... Layan la dua video ni Mus dan Yantzen. Memang gua resah bila dia senyum balik kat gua. Oooo Rokiah
Assalamualaikum saya follow blog ni
ReplyDelete