Sunday, January 6, 2013

Hari ke 7 tahun baru 2013

7 mengingatkan ku tidak sekadar 7 petala langit dan 7 petala bumi, tetapi juga seminggu 7 hari beserta 7 sifat Maani dan 7 sifat maanawiyah. 2013. 20 mengingatkan aku tentang sifat 20 Allah swt mengikut pengajian Tauhid yg disusun oleh Abu Mansur Al Maturidi dan Abu Hassan Al Asy'ari. lagi 7 tahun pula citer2 Dr Mahathir akan menceritakan jaya atau tidak 2013 + 7 =2020. 20 sifat wajib 20 sifat mustahil. 13 pula merujuk terus tidak kepada nombor malang hingga bilik No. 13 pun ditukar menjadi 12 B, tetapi mengingatkan aku akan 13 rukun dalam sembahyang (solat) 5 waktu.

Saturday, December 3, 2011

Menuju tirai penutupan akhir tahun

Aku tak mampu tidur awal. Merenung diri merenung diri merenung diri. Ye, terdapat banyak keanehan dalam diri. Diri yang bernama manusia. Seringkali manusia bergelar guru, mentor, pensyarah, pendakwat atau apa pun gelaran sekalipun yang suka bercakap akan cuba mengacu manusia untuk terarah kepada bentuk yg baik2 tapi dalam bentuk jumud. Sedar atau tidak manusia bukanlah bersifat boleh dibentuk oleh faktor luaran sesuka hati melainkan sebahagian besar dari perubahan merupakan impak dalamannya sendiri gabungan dari kimia, pemikiran, gerakan bawah sedar, pemakanan yang diambil, perasaan, kenangan pahit manis dan juga letih lesu. Agak kompleks kan.? Ya. Aku berbicara sesuai dengan diriku yang kompleks. Aku pernah berada di antara mereka mereka di atas walaupun dalam ruang waktu yang kecil. Aku membebel, menasihat, mengucapkan saranan-saranan positif tanpa mempedulikan situasi pendengar yg aku anggap baik kalau mahu dengar dan tak bagus kalau dia jadi orang yang tidak pandai mendengar. Selang beberapa waktu pabila teringat semula apa yang aku ucapkan dan kepada siapa aku mengucapkan ungkapan-ungkapan terlintas di hati ini bahawa manusia sememannya kejam dalam mengucapkan kata-kata. Sehendaknya sahaja. Itu belum lagi masuk bab berbahas dan berdebat. Sesuatu yang aku benci dan sangat-sangat aku elakkan. Aku minat pada perkataan berkongsi rasa, berkongsi pendapat, berkongsi idea. Bukan merendah-rendahkan tahap pemikiran orang lain. Waktu ini saja aku masih terperangkap pada keadaan-keadaan yang sangat kompleks hingga menyebabkan aku mati gerak dari sudut fizikal tetapi tetap pada pergerakan minda. Melakukan banyak kerja dalam satu masa di hadapan screen. Kadangkala terasa urat-urat di kepala bergetar-getar. Terasa beberapa urat di belakang tengkuk berdecit-decit. Adakah aku harus mati awal. Aku redha kalau ketentuannya sampai tapi aku mohon pada Tuhan yang Satu agar ditangguhkan seketika sehinggalah anak-anakku sedikit dewasa. Berbalik pada kata-kata kejam manusia. AKu ambil satu contoh. Kita hanya merancang tuhan yang menentukan. Lagi. Sekiranya kamu gagal merancang kamu sedang merancang kegagalan. Rancang kerja kamu dan kerjakan rancangan kamu. Oh indahnya kalau semua itu tidak tertakluk pada Qudrat dan Iradat. Tidak tergantung pada kalimah Insya-Allah. Maka betapa ramainya mentor betapa ramainya pakar motivasi percuma dan berbayar di tanah air yang mengaku tuhannya Allah rabbul izzati sedang berusaha melalui kursus-kursus anjuran dan program-program mereka mencuba untuk menjadikan manusia melayu islam di negara ini sebagai orang jabariah.  Celakalah mereka yang mengikut ajaran-ajaran yahudi penyembah syaitan dengan tujuan keduniaan. Aku terperangkap juga pada keadaan-keadaan  yang telah ditimbulkan mereka kerana racun pemikiran mereka telah masuk ke dalam masyarakat, telah masuk ke dalam kelompok keluarga aku, telah masuk ke dalam lapisan kawan-kawan aku yang lama mahupun yang baru. Virus pencerai berai. Menuju akhir tahun 2011 nampaknya aku berjalan bersama rancangan2 yang telah gagal dilaksanakan. Semoga rancangan untuk hijrah sementara 2012 akan mengubah keadaan sedia ada yang memenatkan. Rabbul Alamiin. Ilahi anta maqsuudi wa ridhooka mathluubi.

Friday, June 3, 2011

Jin buat hal lagi

pagi tadi black out pukul 7.30 , aku buat satu catatan pada buku harian aku dengan pen, bertarikh 3 Mei 2011. bertulis, account haven't activated yet.

petang ni aku buka buku dan selak helaian demi helaian. kosong catatan aku

permainan

Thursday, June 2, 2011

Jin

Malam tadi aku masuk tidur dalam pukul 1.30 pagi dalam keadaan tubuhyg lemah.

tiba-tiba rasa badan aku terapung dan kaki kiri aku terlipat ke belakang sambil tangan aku mengepak, telinga kanan tak berdesing, tetapi bunyi dengungan bersambung2. aku tahu dia nak aku gerak bersama dia. Lalu aku putuskan dengan zikir di hati dan niatkan berpencak dengan diri sendiri. Sampai ada satu keluar marah kerana aku masih guna gerak aku tanpa ikut gerak yg disuruh. Sapa suruh ko kacau aku. Ko sapa.

Tuesday, May 31, 2011

ruh berjalan

hari ni jauhnya roh aku pergi
Langet road.
dah check google earth dan tentukan lokasi

Tuesday, May 3, 2011

Sunday, May 1, 2011

Bertemu Berpisah , Allah punya kerja

30 April 2011, hari ni aku bantai tido sepanjang hari. Kelas pencak silat hujung minggu pun dah aku batalkan dengan alasan badan aku nak recharge. Memang iye pun, komitmen anak murid aku belum lagi ke tahap yang aku hendak. Ternyata berbanding aku ketika dulu, diorang tak setabah aku.

Biarpun hari ni dan esok cuti Hari Pekerja, mampus aku tak layan bila bini aku ajak jalan. Dah la perut mengandung 5 bulan, nak ajak aku jalan bersesak-sesak ke pantai yang memang sesak bila cuti-cuti begini. Kalau zaman-zaman tahu 90-an dulu jangan ceritalah, aku sama je macam mana-mana mat rempit sekarang. Seminggu sebelum cuti sibuk solek motor, tukar rim lah, tukar ekzos lah, spray kaler baru dan ada je nak buat termasuk autosol apa yang boleh dikilatkan. hampir 18 tahun, kebiasaan itu ditinggalkan dengan perubahan corak hidup sesuai dengan umur dan suasana baru.

Petang pukul 6 aku ikut jugalah kehendak bini aku untuk pergi makan2 di restoren berdekatan di tepi jalan besar. Keluar menaiki motor sambil mengambil angin petang menghiburkan anak perempuan aku yang berusia 2 tahun 4 bulan. 

Sedang aku menikmati tauhu bakar kegemaran, tak semena-mena perempuan dua anak dengan suaminya di meja hadapan aku melambai tangan tersenyum. Tersentap jiwa aku. Huuhuhu... Kecil betul dunia. Hampir aku tak kenal tengok pipi dia yg agak berisi dlm baju kurung merah jingga. Dalam hati bercakap, cantik lagi minah ni. Tapi apa pun masing-masing dah ada keluarga. Kalau kepercayaan Hindu yang menganuti Samsara, Nirvana dan Reincarnation pasti aku berdoa untuk bertemunya di kehidupan semula. Sebagai penganut Islam, aku rasa tak salah berharap dengan Allah s.w.t untuk dipertemukan di kehidupan seterusnya. Dia Maha BerKuasa apa. He can do anything either to fulfill our wish or not as a Creator, what we have to do is pray continously. Balik di atas motor aku cerita ngan wife kongsi pengalaman aku dgn minah tu. Wife aku jenis sporting. Kalau orang lain tak tau la aku. Aku cerita ngan wife aku setelah aku balik Brunei tuhan takdirkan aku jumpa minah tu dulu, tapi dah disuratkan jodoh memang ngan wife aku. Kena Redha beb. hitung punya hitung 2004-2011 dekat 7 tahun juga rasanya. FUh! patutlah dlm seminggu ni aku asyik layan lagu arwah Din Cromok je.... Metallurgical 3 (SUite) (Ulek Mayang) dalam Album 7 Years 7 Days (1995). Rupa-rupanya aku nak disuakan semula dengan orang yang aku dah terpisah selama 7 tahun. Sungguh, ilham dari Allah taala tu boleh sampai dari berbagai-bagai sudut.


Another you, yup dia memang dah berbeza dari dulu......


Yang parahnya, sampai ke waktu aku taip posting blog ni aku berasa kegembiraan. Kenapa ya. hhaahahah..... Teringat kat lagu May (Resah)... Layan la dua video ni Mus dan Yantzen. Memang gua resah bila dia senyum balik kat gua. Oooo Rokiah