Monday, December 6, 2010

Bulan 12 - Bulan Sibuk

Bulan 12, Bulan Disember adalah bulan kelahiran aku. Orang kata mereka yang lahir di bulan 12 agak ketinggalan dalam beberapa perkara berbanding mereka yang lahir di awal tahun. Ia satu kebenaran dan kebetulan untuk diri aku.

Bukti 1 - Di saat kawan-kawan sebaya sudah berkumis dan berjambang wajah aku licin. bulu kaki di        betis pun tak nampak. Kalau aku kulit cerah mesti dah diganggu oleh senior2 peminat kaum sejenis.        Malahan susuh tubuh aku agak kecil berbanding rakan sebaya hinggalah pertumbuhan drastik sewaktu         tingkatan 5 iaitu ketika aku berumur 17 tahun.

Bukti 2 - Aku mengalami kegagalan kawalan emosi. Ya, EQ aku kurang stable berbanding IQ aku yang        berada di tahap superb waktu itu dibanding dengan kawan-kawan aku yang lain.

Bukti 3 - Di saat kawan-kawan aku sibuk ber'couple' dan berutus surat di tingkatan 1 lagi aku buat tak        layan hinggalah tingkatan 4 itu pun kerana terikut-ikut. Pasal aku sorang takde couple. Janggal yang teramat         sangat.

Bukti 4 - Di saat aku kawan-kawan aku sebahagiannya sudah pandai cari duit kocek dan part time itu ini,        aku masih selesa mintak mak dan arwah abah aku kerana aku rasa zaman remaja tidak harus aku gadaikan         dengan mengambil peranan orang tua mencari duit. Itulah tahap pemikiran aku ketika itu. Kebetulan pula         aku anak lelaki sorang, bongsu anak ketiga pulak tu.

Bukti 5 - Aku tidak ada disiplin diri. Bukak baju main campak. Bilik aku kat rumah paling bersepah.        Macam susuh. Locker room aku masa form 5 paling bersepah. Pengawas nak spot check pun malas. Tapi        untungnya aku antara insan yang tak pernah merasa kehilangan duit di zaman asrama. Walhal kalaulah        bangsa-bangsa pencuri dan pencopet tahu bahawa di celah2 baju dan buku yang bersepah-sepah antara        satu sama lain itu lah terselit berpuluh-puluh ringgit.

Bulan 12 juga adalah bulan orang kahwin. Ramai bakal pengantin berlumba-lumba tamatkan zaman bujang atau juga berkahwin untuk sekali lagi di bulan 12. Alasan mereka cuti sekolah. Tapi dek kerana terlalu banyak undangan. Kadangkala mencecah 10 undangan pada hari yang sama. Maka, banyaklah undangan yang terpaksa dikorbankan. Mujur aku kahwin dulu bulan 3. Ramai datang. Kena fikir2 pada bakal pengantin ya. Bagi yang kerja makan gaji bulan ini agak ditakuti. Kad jemputan kahwin walimatul urus yang bertali urus dah dianggap mcm surat saman.


2 comments:

  1. Salam Perjuangan,

    JUTAAN TERIMA KASIH kerana mengunjungi blog saya.

    Saya telah pautkan blog anda dalam senarai blog pilihan di blog saya.


    Melayu CinDia
    Blogger Gelombang Rakyat

    http://gelombang-rakyat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana sudi jenguk blog yg biasa biasa ni

    ReplyDelete