Tuesday, April 5, 2011

April yang tiada Fool padanya

3 bulan tak aku tak post apa 2 di blog ni.

Semangat kerja merudum sedikit beberapa minggu, so aku memilih untuk melakukan rutin biasa sambil mencari-cari idea. Lalu beberapa hari ni aku habiskan duit beli beberapa suratkhabar setiap hari. Di kalangan kawan rapat aku memang  tau aku dah berapa jenis baca suratkhabar dan tengok tv nak nak berita. Memang tak rela terus jadi mangsa mind control sekian lama. Cukupla zaman jadi budak sekolah. Pengguna tegar internet pasti sedar akan hal ini dan bertindak seperti jalan yang aku pilih. Pun begitu sesekali ada juga penceritaan berfakta dlm akhbar yang boleh memberi sediikit idea. Tu je sebab aku beli. Kalau tidak sori. 

Cumanya aku semakin geli dengan proses mind control berterusan yang menjadi tajuk akbar utama. Lagi dekat pilihanraya lagi macam-macam la kisah memualkan keluar. Diorang tak fikir ke benda2 macam tu boleh bagi kesan kat golongan pelajar yang baru reti membaca. Aku tak mahu mempertikaikan kebenaran atau kepalsuan berita yang dihidangkan. Persoalannya adakah ia terlalu penting untuk dihidangkan sebagai tajuk utama agar pembaca yang mengeluarkan duit poket RM 1 atau RM 1.50 terus mengabaikan berita berfakta yang lain dan tertumpu kepada apa yang nak diajak oleh pengarang untuk difikirkan. Perasan atau tidak. Itulah proses mind control. Fitnah dajal akhir zaman. Ianya berbeza kalau ia lahir dari sifat inquiry dalaman masing-masing. Bebas untuk ambik tahu dan tidak ambik tahu. So do google bout what u want to know. Sekali lagi aku menegaskan diri aku untuk tidak mengundi. Lain yang aku nak cari lain yang aku dihidangkan untuk terbaca.
Selama tiga minggu sehinggalah Gong Xi Fa Chai aku dijemput kawan lama aku mamak malbari untuk kerja bersama dgn beliau di Singapore. Selama itu jugalah niat aku untuk merasa kerja ulang alik Johor-Singapura menaiki motosikal dimakbulkan Allah. Memang kena percaya bab ni. Kuasa niat. Tapi jangan lebih-lebih sangat. Percaya kuasa Allah lagi utama dari percaya kuasa niat yang dibukukan sebagai Law of Attraction. Masa nak ajak kerja punya la manis tokey citer suruh keje lamalah, tak cukup orang lah, raya cina sudah dekatlah. Bila raya cina habis orang suda lebih, si anu panggil kawan, si itu panggil sepupu, si dia panggil abang, masuk kerja, mulalah sibuk cari point untuk buang orang. Baik-baik aku ikhlas, terus jadik racist. Memang pundek. Aku tak suka nak sebut benda ni sementelah kawan-kawan aku berbangsa mamak, tamil naidu dan malbari memang ramai. Kemahiran menebar roti canai dan murtabak tidak akan menjadikan aku sebangsa dengan mereka. Peristiwa ini membuat aku menoleh ke belakang semula memikirkan sejarah Yang Diperbetulkan para Pengkaji tentang kejatuhan MELAKA sebuah empayar kerajaan maritim terbesar. Siapa dia raja mandaliar , siapa dia si kitul. Siapa dia mamak yang mengaku pembela melayu? pejuang silat melayu? mengaku melayu? Maaf kawan-kawan ku berbangsa mamak, atau malbari, bukan untuk mempertikai Kad Pengenalan Malaysia atau IC Singapura yang anda miliki. Bukan nak mempertikai sumbangan kalian kepada sosia budaya setempat. Bukan nak menjadi seorang yang racist. Tapi aku orang yang memandang tinggi nilai sejarah dan sumbangannya pada bentuk kehidupan dunia lokal mahupun global yang aku hidup di dalamnya. Kepetahan berbahasa melayu dan beristeri melayu tidak akan menjadikan kamu lebih melayu dari aku. Mana yang sedar, tutuplah dua kelemahan kaum kamu iaitu suka membelit dan meninggi diri. Setiap kaum atau bangsa ada kelebihan ada kekurangan. Dengan mengetahui kelemahan dan kekuatan diri kamu akan lehih sedar dan dekat dengan Pencipta.




Thursday, January 6, 2011

Sumber Inspirasi

Boleh dikatakan

sumber inspirasi aku 2 tahun kebelakangan ini ialah anak perempuan aku yg baru berusia 2 tahun.

Kenapa? nanti aku huraikan.

Bersambung la pulak ya... 
aku sambung lah... walaupun citer aku ni mungkin tak berapa best pada orang lain...

Pertamanya, sebelum lahirnya si kecil aku dah dapat bayangkan wajahnya secara firasat biasa-biasa. Dan kebetulan itu juga satu kerja Allah. Anak aku lahir dengan wajah chinese look dan rambut lurus seperti aku. Mujur tak mewarisi kulit aku yg gelap sendiri ni. 

Keduanya, pertanyaan terakhir arwah bapak aku di pembaringan ketika begitu uzur sebelum dijemput. Dia bertanya perihal samada isteri aku dah mengandung atau belum dgn suara yg begitu lemah. Tanpa aku sedari ketika pertanyaan itu rupanya benih aku dah dikandungkan isteri aku. 

Ketiganya, ketika mengandung 2 entah 3 bulan aku jadi jobless dan bulan Ramadhan 2008 telah bermula. Raut wajah isteri aku sugul tapi hanya Allah yang tahu betapa kuat keazaman dalam hati aku untuk membahagiakan ibu bakal baby aku pada waktu tu. Orang sekeliling lihat aku mcm takde arah. YUp, aku menenangkan fikiran dengan mengisi hari-hari keresahan itu dengan bermain catur bersama2 rakan sparring aku di warung pajak. Prinsip aku, aku tak cakap bohong bila orang tanya atau jawab pusing2 bila orang tanya perihal aku. Bila lepak lama-lama mulut orang2 dan kawan-kawan takkan dapat ditahan untuk bertanya' ko tak kerja ke. Aku jawab pendek dan jujur' tak. dah berhenti. tanya lagi buat apa sekarang. duduk rumah. ye. dah kawin. duduk rumah. lepak warung. takde keje. boleh hidup ko ek. ada pulak yg tak percaya. ye je ko ni. huhuuuuu...................
takkan aku nak jadi mcm golongan hipokrit. bila tanya tak keje ke. dia cakap cuti. kalau nada gurau tu lain. ini serious habis. tau-tau kena buang pasal itu dan ini. camne aku nak tipu .... itu bukan aku.

Keempat, rezeki yang mengiringi kelahiran anak aku macam tak ditahan-tahan. walau aku tak kaya tapi aku sangat dicukupkan. ketika tu aku di negeri lee kuan yew membanting tulang. dapat pulak cabutan bertuah camcorder digital. dapat towkey yg baik. sapa cakap mamak semua kaki kencing atau pembelit. aku keje tak sampai 12 jam pun kat sana tak mcm org lain yg kadang terpaksa keje lebih 13 jam sehari. dapat beli laptop. dan kelahiran anak aku aku mampu berbelanja penuh di Anakku baby connection. 

Kelima, anak aku lahir pada 1 Januari 2009. 1 haribulan dan bulan satu. Aku harap dia mempunyai semangat hidup yg lebih kuat berbanding ibu dan bapanya. aku sendiri lahir bulan 12. lihat betapa inferiornya zaman membesar aku. 

Keenam, impian aku untuk kerja sendiri di Malaysia, tak bagi isteri kerja untuk full time jaga anak dimakbulkan.

Ketujuh, hari-hari yang aku lalui bersama anak aku sejak lahir hingga kini sangat menggembirakan dan menceriakan. Kini proses mendidik perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana dia sudah kuat mengajuk apa saja percakapan. 

Panjangnya aku taip//////

Wednesday, January 5, 2011

Terus merancang, Terus melaksana

Latihan tempur rapat mlm ini berlangsung singkat tapi bermutu menurut tanggapan aku kerana kemahiran sahabat2 aku juga meningkat. Ia diperakui guru tua.

Kehadiran rakan lama ajak mengeteh dan panggilan dari seorang rakan yg urgent nak guna duit memaksa aku menghabiskan masa awal.

Macam mat rempit bila LC 135 aku dicabar Shogun keluar kedai JMP. Kedinginan malam tak terasa kerana bahang persengketaan di pukul 1 pagi itu. Berat badan aku yg sikit overweight membuatkan Shogun mudah mengambil ruang angin bila aku memintas. Kalau penunggang sama berat nyata Shogun bukan tandingan LC dengan 4 injap mendongak.




Dicari tak jumpa, tak dicari datang .... Itulah peluang.

Aku dapat panggilan dari kawan aku sebelah kampung.

Kereta iswara JDP pada harga 9k atau less.

huh. Lepas ambik gambar semua. Aku cakap. bro...rileks dulu 2-3 hari ni jangan jual. kalau ada buyer aku kasi tau ko. dia setuju. Ada gaji seratus dua cukuplah fikir aku. Kalau ada 7k hari ni jugak aku sambar sebab kondisi nya sangat sedap.

Malam ni aku bertari silat lagi dengan rakan seguru aku. Malas aku nak naik kereta.. Satu jam suku perjalanan.

Selamat Tahun Baru

Baru je siap posting baru aku dapat 1 mesej dan dua call.

Satu mesej dari kawan aku yg nak pakai duit, dia repair 2 laptop satu laptop aku tapi tak siap siap. Yang satu lagi laptop kawan aku yg lain dah siap tapi takde duit nak ambik. Hmmmm..... Kalau dah terdesak orang akan minta apa saja dari siapa saja.

Satu lagi call dari member aku yg bateri keretanya weak ketika sedang ada di bandar yg jauhnya 3o km dari tempat aku berada. Kesian pulak kenangkan dia dengan anak isteri. Tapi aku dah cakap aku kena banyak kesiankan diri aku sendiri tahun ni. Lalu aku bagi no kawan aku yang terdekat. Pandai-pandai la dia uruskan masalah dia. Aku rasa benda tu boleh setel.

Satu lagi dari mamat kat FB yang dok usha aku untuk join SCORE A. Benda ni aku nampak potensi dia tapi aku terpaksa postpone dgn dia. Dia punya ligat aku respek sebab masih duduk di tahun akhir pengajian.

Pengajaran hari ini: Masa dan wang kita sentiasa diburu orang tanpa kita sedari. Kalau punya lebih apalah salah kita berikan sikit pada orang lain. Tapi kalau kita sendiri kekurangan kedua-dua benda itu maka fikirkan diri sendiri lebih baik pada ketikanya. Utamakan yang utama. Yes.

Tuesday, January 4, 2011

Selamat Tahun Baru


Belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada diri sendiri dan para blogger. Post-mortem tahun 2010, terlalu banyak benda mengarut yang aku lakukan. Kurang fokus pada perniagaan dan menolong orang yang tak sepatutnya ditolong adalah kesilapan jelas tahun lalu. Tutup buku.

Semalam, salah sorang kenalan yang merupakan guru sekolah rendah meminta bantuan untuk melatih anak buahnya untuk menghadapi kejohanan catur. Rundingan menerusi chat di FB aku jelaskan komitmen aku pada 2011 dan aku tegaskan aku takkan buat kerja amal lagi macam yang sudah-sudah. Bukan taknak tolong tapi takut makan diri. Paling kurang pastikan tambang dan makan aku lepas oklah. Jangan pakai angin ajer.

Sorang sahabat aku yg aku 'payung' dari segi kewangan dan luahan perasaan telah berlepas pergi mencari sinar baru di 2011. Aku harap beliau berjaya memulakan hidup baru dan tak ulangi kesilapan lama.

Tahun ini juga aku berhasrat menggunakan sepenuhnya potensi domain dan hosting aku yang telah aku sia-siakan untuk tahun 2010. Hari ni aku dah ada email dgn nama hosting aku sendiri. Yes.! Kerja-kerja menarik trafik melalui video Youtube untuk projek Google Adsense. Dan ia telah aku aktifkan kembali sejak 2 hb Januari dgn 5 video.

Kebun sawit melawas. Aku perlu ejas masa untuk pastikan penjagaan kebun tak terabai.

Silat. Anak-anak buah aku di Johor Bahru akan menyempurnakan majlis khatam permainan pada 15 hb. Alhamdulillah. Semoga perkembangan untuk membuka gelanggang baru oleh mereka akan berjaya. Aku tinggal pantau sikit-sikit aje.

Untuk diri sendiri aku belum lagi habis mendalami permainan tua dari seorang guru tua yang aku sayangi. Tentang kontroversi silat tanahair aku lebih suka bersikap menarik rambut dlm tepung. Ego semuanya ego.

Jadual latihan untuk silat olahraga belum aku susun lagi. Itu juga harus aku fikirkan untuk bakal anak didik aku dalam bidang silat olahraga dan untuk aku juga mem'fit'kan badan sebagaimana zaman athlete dulu.

Di hadapan PC. Ada saja benda baru yang aku explore setiap hari. Seringkali hanyut ketika melayari website-website dan blog-blog yang wujud.

Pagi ini seorang rakan lama ketika bekerja di Singapura menghubungi aku. Ingat lagi dia kat aku rupanya. Terharu.

Oh! Banyaknya benda nak aku fikir. Business partner aku masih di JB menjaga ibunya yang dioperate kerana sakit Puan hari ini. Semoga segalanya selamat.

Gadis 'lemah semangat' yg sering mengadu dengan aku di FB nampaknya semakin pulih setelah aku suruh membuka bacaan rukyah dari YOTUBE. Beliau masih lagi pelajar, jadi aku tak galakkan keluar duit untuk beli produk2 CD Rukyah. Ini pun macam satu beban kecil juga. Tapi itulah aku, kadangkala terlalu lembut hati dan sering jadi good listener.

2011 ni aku cuba jadikan blog ni mcm diari. Malas aku nak guna kertas. Paperwork selalu aku missed place. Copy dari blog ni akan aku pindahkan ke blog wordpress aku guna hosting.

FUhhh... Inilah gunanya blog. dapat mencurahkan rasa dan kalau aku lupa apa plan aku di awal tahun, harap-harap di sinilah tempat aku merujuknya kembali. Kerana aku tulis berdasarkan apa yang aku fikir dan rasa pada waktunya.

Semoga berjaya diri sendiri!

Monday, December 6, 2010

Bulan 12 - Bulan Sibuk

Bulan 12, Bulan Disember adalah bulan kelahiran aku. Orang kata mereka yang lahir di bulan 12 agak ketinggalan dalam beberapa perkara berbanding mereka yang lahir di awal tahun. Ia satu kebenaran dan kebetulan untuk diri aku.

Bukti 1 - Di saat kawan-kawan sebaya sudah berkumis dan berjambang wajah aku licin. bulu kaki di        betis pun tak nampak. Kalau aku kulit cerah mesti dah diganggu oleh senior2 peminat kaum sejenis.        Malahan susuh tubuh aku agak kecil berbanding rakan sebaya hinggalah pertumbuhan drastik sewaktu         tingkatan 5 iaitu ketika aku berumur 17 tahun.

Bukti 2 - Aku mengalami kegagalan kawalan emosi. Ya, EQ aku kurang stable berbanding IQ aku yang        berada di tahap superb waktu itu dibanding dengan kawan-kawan aku yang lain.

Bukti 3 - Di saat kawan-kawan aku sibuk ber'couple' dan berutus surat di tingkatan 1 lagi aku buat tak        layan hinggalah tingkatan 4 itu pun kerana terikut-ikut. Pasal aku sorang takde couple. Janggal yang teramat         sangat.

Bukti 4 - Di saat aku kawan-kawan aku sebahagiannya sudah pandai cari duit kocek dan part time itu ini,        aku masih selesa mintak mak dan arwah abah aku kerana aku rasa zaman remaja tidak harus aku gadaikan         dengan mengambil peranan orang tua mencari duit. Itulah tahap pemikiran aku ketika itu. Kebetulan pula         aku anak lelaki sorang, bongsu anak ketiga pulak tu.

Bukti 5 - Aku tidak ada disiplin diri. Bukak baju main campak. Bilik aku kat rumah paling bersepah.        Macam susuh. Locker room aku masa form 5 paling bersepah. Pengawas nak spot check pun malas. Tapi        untungnya aku antara insan yang tak pernah merasa kehilangan duit di zaman asrama. Walhal kalaulah        bangsa-bangsa pencuri dan pencopet tahu bahawa di celah2 baju dan buku yang bersepah-sepah antara        satu sama lain itu lah terselit berpuluh-puluh ringgit.

Bulan 12 juga adalah bulan orang kahwin. Ramai bakal pengantin berlumba-lumba tamatkan zaman bujang atau juga berkahwin untuk sekali lagi di bulan 12. Alasan mereka cuti sekolah. Tapi dek kerana terlalu banyak undangan. Kadangkala mencecah 10 undangan pada hari yang sama. Maka, banyaklah undangan yang terpaksa dikorbankan. Mujur aku kahwin dulu bulan 3. Ramai datang. Kena fikir2 pada bakal pengantin ya. Bagi yang kerja makan gaji bulan ini agak ditakuti. Kad jemputan kahwin walimatul urus yang bertali urus dah dianggap mcm surat saman.